Ahli majlis perlu memastikan kebersihan dan pengurusan sisa pepejal terjaga melalui pemantauan berterusan, sokongan penguatkuasaan dan libat urus komuniti.
Kerajaan Negeri juga masih menunggu senarai lengkap kawasan ‘hotspot’ pembuangan sampah haram daripada semua PBT.
KDEBWM juga akan menilai semula sistem sedia ada bagi mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbetulkan agar pengurusan sisa pepejal lebih teratur dan efisien.
Arahan itu diputuskan dalam mesyuarat khas hari ini melibatkan PBT dan agensi berkaitan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.